Scroll Untuk Membaca Artikel
banner 468x60
banner 468x60
BeritaTNI/POLRI

Kunjungan Hormat Kapolda Kalimantan Barat ke Atas Pesuruhjaya Polisi Sarawak

Avatar photo
132
×

Kunjungan Hormat Kapolda Kalimantan Barat ke Atas Pesuruhjaya Polisi Sarawak

Sebarkan artikel ini

Kuching, [Gaperta.id] – 4 April 2025 Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata telah menerima kunjungan hormat daripada, Irjen Pol. Pipit Rismanto, Kapolda Kalbar Indonesia di Bilik Tetamu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Jangan Lewatkan :  Festival Budaya Melayu Riau Tingkat SLTA, SMAN 1 Sekolah Penggerak Ajak Pelajar Cinta Budaya Melayu

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan hubungan dua hala dan silaturahim yang telah sekian lama terjalin antara PDRM Sarawak dan Kapolda Kalbar Indonesia. Dalam pertemuan ini juga turut membincangkan tentang isu-isu keselamatan serta turut bertukar pandangan dan pendapat berkenaan isu-isu semasa secara tidak langsung, terutamanya berkenaan persempadanan dan isu berkaitan jenayah rentas sempadan melibatkan kedua-dua belah negara.

Jangan Lewatkan :  Enam Kapolsek Laksanakan Sertijab, Ini Pesan Kapolres Ketapang

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Tuan Saifullizan Ishak, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik, Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh Abdullah dan Ketua-Ketua Jabatan IPK Sarawak serta Deligasi Kapolda Kalbar Indonesia.